CASSANDRA~

    

    CASSANDRA adalah sebuah band yang berasal dari Kuala Lumpur yang membawa muzik Hardcore Metal serta di selitkan elemen2 melodik serta riff gitar kompleks yang berat.Vokal bervariasibemo dan juga rap.Mula di tubuhkan pada 1 Jun 2002 dan gig pertama Cassandra adalah di Teratak Dangdut pada lewat 2002.Hingga kini,boleh di katakan Cassandra sudah bermain di seluruh negara dan rasanya crowd metal dan hardcore sudah biasa dengan Cassandra.Nama Cassandra di ilhamkan dari mitos Greek,nampaknya paling sesuai membayangkan muzik mereka.Nama Cassandra agak lembut dan sopan dari segi zahirnya tetapi rohaninya agak gelap dan penuh dengan elemen rebel.Menurut vokalis Cassandra,Kasyful muzik mereka adalah metal.”tetapi kami meletakkan kami sendiri dalam asas hardcore..experimental hardcore..we play metal muzik tetapi hardcore..so,Metal hardcorela..”Selain Kasyful,Cassandra turut di anggotai Yunus yang juga selaku vokalis,Ashraf dan Azhari sebagai pemain gitar,A.Jenatun selaku pemain Bass dan Syukri di posisi Drumm.
    Dengan memiliki kekuatan dua vokalis tentunya ada keistimewaan tersendiri dalam track vokal.Persoalan track vokal tersebut di jelaskan oleh Yunus bahawa terdapat beberapa bahagian vokal yang di masukkan ke dalam muzik mereka.”Untuk album ni,kita masukkan ‘screaming,growl part,rapmetal dan emo’ tetapi ringkasannya campuran growl dan jeritan la..” jelas Yunus pula.
     Keseluruhannya terdapat 7 buah lagu dalam album PAYUSUICIDETORNANDFORGOTTEN,produk studio yang di hasilkan dengan bantuan jurubunyi Rahmad Ayob kedengaran amat baik dan cukup teratur bagi sebuah band hardcore.Walau apa pun,band yang bernama Cassandra ini tidak se-Feminin namanya dan nyata dari mental dan fizikalnya.Mereka sudah bersedia untuk menakluk mana-mana scene di rantau ini.Tunggu ketibaan Cassandra di tempat2 anda dan saksikan persembahan mereka dan nilaikan sendiri Cassandra.

By-Jari Besi

**Sumber:: ROTTW Vol.96


No comments:

Post a Comment