MANIS~



   Band Manis ditubuhkan pada 7 Julai 2007 (07/07/07) oleh Mohd Khalid B. Abu Takdir (Lead). Penubuhan Manis adalah atas dasar persahabatan dan hubungan rapat antara ahli yang terjalin sewaktu di UiTM. Mereka terdiri daripada Aina (vokalis),Qawiem (2nd vokalis),Syuk(drummer),Accin(bassist), Khalid (Lead/1st guitar),dan Halim (2nd guitar). Pada mulanya, Manis ditubuhkan hanyalah sekadar mengisi masa lapang dengan bermain muzik dan juga untuk menghilangkan rasa tekanan semasa belajar. Kesemua ahli band Manis tidak pernah mengikuti mana-mana pengajian formal tentang muzik mahupun mempunyai latar belakang muzik. Manis hanya berbekalkan minat yang mendalam terhadap muzik dan bakat terpendam yang ingin ditonjolkan. Kesungguhan ini mendorong Manis mencipta dan menghasilkan lagu-lagu tersendiri yang boleh dikongsi dan didengari oleh semua lapisan pengemar dan peminat muzik. Manis ingin mencipta satu fenomena baru dalam industri muzik dan percaya muzik mereka boleh menyatukan padukan dan memupuk semangat persahabatan.Antara lagu2 mereka,”Malam,Goodbye,empty promises”,dan mereka juga ada membuat sebuah lagu patriotic bertajuk “Keranamu Hatiku Malaysia”.

By-JariBesi
**Sumber-Myspace/Manis..




No comments:

Post a Comment