VERMILLION~


   VERMILLION dianggotai oleh 5 gadis muda yang terdiri daripada Aca,Hana,Yaz,Naz dan Alie.Walaupun band ini di anggotai oleh ahli wanita,tetapi jangan terpedaya dengan keayuan mereka,kerana muzik yang mereka bawakan adalah genre Metal ala ‘Gothenburg Sound’ yang terkenal di Skandinavia.Ya!Di ulangi genre METAL!Mereka seperti bunga mawar yang mekar.Indah tetapi mempunyai duri yang bisa untuk memberi amaran kepada sesiapa yang mendekati.Ayu tetapi ganas!Band ini ditubuhkan pada awal tahun 2006 dengan dikenali sebagai “The Controllers”.Band The Controllers ditubuhkan oleh Hana,Syanaz dan Alie.Aca yang menyertai The Controllers pada tahun 2007 mengambil posisi Vokalis dan telah membuka dimensi baru terhadap band ini.Kekuatan Vokal Aca di lihat seiring dengan matlamat muzik yang mereka inginkan selama ini.Selepas Line-Up band ini telah lengkap dengan hadirnya Yazd an Aca,Mereka mengambil keputusan untuk menggunakan nama VERMILLION!
   Pada pertengahan tahun 2009,Vermillion Berjaya releasekan single pertama mereka bertajuk ‘Outsider’.Setelah beberapa bulan mereka mereleasekan single mereka itu,lagu tersebut telah di mainkan lebih dari 5ribu kali di MySpace mereka sendiri Vermillion08.Ini merupakan pencapaian yang membanggakan bagi band metal yang selalu di selubungi tanggapan buruk terutama daripada manusia yang kurang arif tentang muzik.Namun tanggapan itu dapat di tangkis oleh mereka dan sekaligus membuktikan band metal juga mampu berdiri sama tinggi dengan band2 yang melonjak naik di arus Mainstream. Muzik Vermillion banyak dipengaruhi oleh band2 metal tersohor dari pelusuk dunia.Antara yang menjadi pilihan mereka adalah Arch Enemy,Kittie,dan Lamb of God(band favourite aku nih!).So,siapa kata tangan yang menghayun buaian tak mampu menggugat dunia?Buktinya,Nah!Hentakan drum,riff2 guitar,dan jeritan suara dari kaum hawa ni semua bisa membuatkan anda terlopong!
By-Jari Besi
**Sumber: Facebook,Myspace,N Utopia~




No comments:

Post a Comment