Wednesday, January 11, 2012

Hasil Seharian Decorate Bilik Aku~

Ni hasil Perahan otak nk hias bilik bujang aku..Malas nk tukar cat baru,so main Poster jela..huhuu..Sekurang2nya,bukak mata,Happening la skit..hehe..
Ni antara hasil2nya..=)










Saturday, January 7, 2012

Tour Live In KUALA LUMPUR~

Hello Guys..Lama Xupdate Blog..Bz skit..
So,cni ada beberapa Tour yang bakal diadakan di Kuala Lumpur dalam
Masa terdekat ni..Antaranya.................





SIMPLE PLAN LIVE IN KUALA LUMPUR.
14 January 2012..8.30 pm..
KL Live,Jalan Sultan Ismail






PUNK ROCK PRINCESS!!AVRIL LAVIGNE!!!
18 february 2012..8.30pm..
Stadium Merdeka,Kuala Lumpur..
Love ya,Avril..=)




EVANESCENCE!!
Wah..Dah lama xdgar pasal band ni,tiba2 muncul kat MALAYSIA!!
23 February 2012..8.30pm..
KLLive,Jalan Sultan Ismail..



ANTI FLAG!!
2 February 2012..6pm-11pm
Tiket dari RM 45-RM 60





SEPULTURA!!Perghh!!Dreadlock Bro..=)
7 February 2012..8.00pm..
KL Live,Jalan Sultan Ismail..
(best ni!!)

Friday, January 6, 2012

Tribute To OASIS!!!


Tribute to OASIS!!11 feb 2012..
Pandan Indah,KL..
Ramai artis2 yang terlibat..Antaranya THE TIMES,THE EVERYDAY,THE WAVE,MODA MOODY,THE JESPER,JENDELA BIRU, Dan ramai lagi..Jom ramai2 meriahkan British rock!!

Tuesday, December 20, 2011

GADIS SI KAKI PUKUL!


  Salam satu Malaysia to all penggerak muzik tanah air!Kali ni aku nak wat preview skit pasal Anak gadis dari seberang yang mempunyai bakat besar dalam bidang muzik.SALIN GAS..Anak gadis yang berasal dari Bangkok,Thailand ni berusia 20 tahun.Di usia yang begitu muda ini,anak gadis ini mampu memperlihatkan bakat yang ada padanya hingga ke seluruh pelosok dunia.Gadis kecil molek ini berbakat besar dalam bermain drum.Apatah lagi beliau lebih gemar bermain double pedal.Cukup mengagumkan apabila dia begitu mahir sekali ketika bermain double pedal dan kelihatan selesa dengan genre muzik metal.Dia sering menjadikan ruang maya sebagai  ruang untuk memperlihatkan bakatnya dengan membuat ‘drumm cover’ dengan lagu2 dari band2 luar Negara yang mempunyai nama besar seperti Avenged Sevenfold,System Of A Down,Lamb of God,Korn,Slipknot dan banyak lagi.Dari situ beliau membuka mata dunia dengan bakat yang ada.Setelah sekian lama,Salin mula mencuba nasib dengan mencari teman untuk menubuhkan sebuah band.Akhirnya tertubuhlah OGENIX.Beliau juga sering menjadi pemuzik iringan band2 yang lain.Itulah kelebihan yang ada pada dirinya.Selain bermain Drumm,dia juga mahir bermain gitar.Dalam video2 yang di upload dalam Youtube,dapat dilihat seperti gadis ini pernah menuntut di mana2 institusi muzik kerana dari video2 itu seperti dia sedang berlatih di studio.Apa yang mengangumkan aku,hentakan beliau memang padat dan cukup jitu.Apatah lagi beliau seorang GADIS!So,aku memang respek habis dengan Salin Gas ni.Dari dulu lagi aku follow video dia,tapi sekarang dah slow.Tak tahulah apa perkembangan terbaru dia.Nak tahu,tengoklah kat FB dia SALIN GAS.
   Aku wat Review pasal Salin Gas ni bukan bermakna kat tanah air kita sendiri dah tak ada pemain drum yang hebat.Ramai sebenarnya.Tapi buat masa ni yang aku tahu,Drummer yang hebat2 ni dari kaum Adam kat Malaysia ni.Belum ada Drummer dari kaum hawa yang boleh mengangumkan aku lagi buat masa ni.Bukan bermakna tak ada drummer wanita,ada tu memang ada.Tapi mungkin belum sampai masa untuk buat aku ternganga lagi kot..hehe..So,kalau ada Kaum hawa yang mampu jadi sehebat ni,tonjolkan bakat anda.Aku tau Malaysia Pasti Boleh punya!Hail Malaysia Community!

By-Jari Besi
**Sumber:FB,Youtube dan Celoteh aku sendiri!=)

Saturday, December 17, 2011

PraKATA~

  

  Salam 1 Malaysia..Aku masih baru dalam bidang blog ni..So,banyak lagi yang perlu aku belajar..Apa yang ada dalam page ni pun masih kurang..Walaubagaimanapun,aku masih mencari info2 untuk di tulis..Aku akan update sentiasa.Buat masa sekarang aku Cuma wat review2 pasal band2 yang ada di Malaysia dulu.Band luar mungkin coming soon kot..Utamakan Tanah airdulu kan..So,sapa2 yang ada band yang aktif bermain di gig2 atau battle of the band boleh info kt aku..hantar detail2 pasal band,review pasal demo/EP/Album/Single or whatever..If korang nak promote band or EP korang la..Aku support semua genre muzik N aku sokong industri muzik Tanah air!!Thanks a lot..Kita kawan~

Wednesday, December 14, 2011

UNDERGROUND SCENE~

Underground scene adalah satu scene yang bergerak secara sendiri tanpa bernaung di bawah mana2 syarikat atau lebih tepat lagi bergerak secara sendiri atau INDIEPENDENT.Scene ini lebih mengutamakan muzik yang di hasilkan dan juga karya masing2 tanpa memikirkan keuntungan dari hasil jualan karya mereka.Oleh sebab itu,mereka lebih suka bergerak sendiri tanpa bernaung bawah mana2 syarikat rakaman bagi memudahkan mereka meluahkan hasil karya mereka pada bila2 masa dan di mana sahaja.Scene ini kurang di kenali kerana mereka biasanya meluahkan hasil karya mereka di gig2 yang dianjurkan oleh Studio2 jamming yang hanya mempromosikan melalui flyers2 yang diedarkan oleh kenalan,kedai muzik,studio jamming lain,serta di ruang maya Internet.Namun begitu,bakat yang ada pada band2 underground ini tidak harus di ketepikan kerana ada di antara mereka mendalami muzik hingga ke peringkat tinggi dah mahir.Ada yang berpendapat bahawa band2 dari scene underground ini datang dari mereka yang kurang arif tentang muzik.Tapi,kenyataan itu SALAH sama sekali!Ada di antara pemuzik2 dari scene underground ini datang dari seorang yang berpelajaran.Ada juga yang berkelulusan dari luar negara.Namun minat mereka yang mendalam terhadap muzik,mereka lebih rela bergerak secara underground tanpa memerlukan publisiti yang meluas.Cukup sekadar dapat bekarya,meluahkan bakat dengan muzik yang di hasilkan sudah mampu membuat mereka merasa puas.Karya2 yang dihasilkan akan di rekod dengan hasil poket masing2 untuk melahirkan demo cd dan demo ini di jual secara kecil-kecilan di mana2 gig yang mereka sertai.Perjuangan mereka ini lebih ke arah REBEL.Mereka meluahkan segala dalam lagu yang di hasilkan.Kebanyakkan band2 ini menghasilkan lagu yang mengisahkan tentang ketidakpuasan hati,penentangan,keadilan,kehidupan,cinta,perjuangan,persahabatan,kekejaman,peperangan dan banyak lagi.Dari sini dapat di lihat perjuangan mereka ini menggunakan Muzik sebagai senjata untuk menyampaikan suara yang terpendam dalam setiap diri masing2.

(Pengenalan)MARTABATKAN MUZIK TANAH AIR~

Salam Satu Malaysia..Wujudnya blog ini adalah untuk membincangkan serta mengHIGHLIGHT kan bakat pemuzik-pemuzik di tanah air yang kurang mendapat perhatian di dunia MAINSTREAM tetapi mempunyai bakat yang mampu menggugat band-band di arus MAINSTREAM!Salam perkenalan dari aku SI JARI BESI~