A.C.A.B./THE A.C.A.B.~

    
ACAB/THE ACAB....Bagi Scene Underground,mungkin nama ini sudah tidak asing lagi bagi mereka.Band ini di tubuhkan pada penghujung tahun 1994.Orang yang bertanggungjawab menubuhkan band ACAB ini adalah 2 orang sahabat iaitu Eddie dan Magskin/Megat.Merekalah yang menubuhkan band ini ketika penerimaan muzik Oi! berada di paras membanggakan. Bagi melengkapkan kumpulan ini, mereka mengundang Sham, Anas serta Black dan kemudiannya sama-sama memulakan penerokaan muzik Oi!  Dalam genre Street Rock.Dalam tahun 1995, A.C.A.B. merakamkan demo mereka yang pertama bertajuk "A.C.A.B" yang memuatkan tujuh buah lagu. Antaranya "Unfairground", "City Girl", "A.C.A.B.", "Fight For Your Right" dan banyak lagi. Ia dikeluarkan oleh label mereka sendiri iaitu Brovver Brigade Records. Demo ini telah terjual melebihi 500 unit meskipun tidak mempunyai sebarang promosi rasmi. Berikutan dengan kejayaan itu, A.C.A.B. bersedia untuk berdepan dengan pengikut-pengikutnya. Hari yang menentukan kemampuan A.C.A.B. beraksi itu telah diadakan di Dynasty Night Club di Ipoh. Itulah persembahan pertama mereka. Namun tiada siapa yang menduga, hampir kesemua pembeli demo mereka turun untuk menyaksikan persembahan mereka, termasuklah khalayak yang diimport khas dari Kuala Lumpur.

  ACAB semakin mengembangkan sayap mereka sehingga band ini di gelar "Godfather Of Skinhead/Oi!".Pengaruh mereka terlalu kuat sehingga seluruh pelusuk Negara.Walaupun peminat mereka rata2 dari kalangan SKINHEAD sendiri,namun band ini masih di terima oleh peminat2 muzik underground yang lain kerana karya yang di hasilkan menghasilkan fenomena baru pada ketika itu.ACAB di tubuhkan setelah Negara kita di landa fenomena “rock jiwang” dengan datangnya band2 di arena muzik yang kebanyakannya menggunankan nama band bermula dengan huruf ‘S’ dan mendendangkan lagu2 rock lembut/syahdu pada suatu ketika dulu.Atas dasar itu,Megat atau magskin memutuskan untuk menubuhkan sebuah band bagi melahirkan sebuah corak muzik yang berbeza bagi mereka yang dahagakan zaman kegemilangan rock kapak.Megat mengambil langkah drastik dengan membawa muzik Street rock yang menepati citarasa kebanyakkan anak muda pada masa itu.Secara tidak langsung,pengaruh skinhead dalam scene underground menjadi lebih hangat dek penangan band ACAB ini.
Pada tahun seterusnya, A.C.A.B. merakamkan EP yang pertama mereka yang berjudul "UNITE & FIGHT". Beberapa insiden telah berlaku semasa EP ini sedang dibuat. Antaranya penarikan diri Anas dan Black. Sungguhpun demikian, EP ini selamat disiapkan dengan kerjasama profesional dari Magskin, Eddie, Sham dan seorang anggota baru di posisi drum iaitu Zul. UNITE & FIGHT bukan sahaja diagihkan kepada pengikut tempatan tetapi juga dipasarkan ke luar negara. EP ini terjual sehingga 2000 unit. Seperti biasa aktiviti persembahan diteruskan selepas itu. Tidak lama kemudian aktiviti band itu terpaksa diberhentikan buat sementara waktu kerana masalah yang melanda. Dalam tahun 1997, Zul pula mengambil keputusan menarik diri dari A.C.A.B. Posisi drum telah digantikan oleh Eddie sendiri manakala Magskin memikul tugas sebagai vokalis dan gitaris. Ketika A.C.A.B. semakin roboh, mereka sempat merakamkan LP "Eastern Oi!" dan single "We Are The Skins".Malangnya, selepas selesai sahaja proses rakaman, label mereka mengalami masalah kewangan. Maka dengan itu terpaksalah mereka menjual kedua-dua master tape tadi kepada Strange Culture Records. We Are The Skins dipasarkan pada tahun berikutnya, manakala Eastern Oi! menemui peminatnya pada tahun 1999. Dari kedua-kedua produk tersebut, hanya Eastern Oi! sahaja yang berjaya menepati target mereka, di mana ia terjual sebanyak 10 000 unit dalam masa yang singkat. Sungguhpun begitu, jualan LP yang memberangsangkan tidak berjaya memulihkan semangat dan masalah dalaman A.C.A.B. Satu demi satu anggotanya mengundur diri beralasankan peribadi.Ketika ini, tinggal Magskin seorang yang masih setia mencari jalan penyudah kembali megah kembali seperti sebelumnya. Magskin melepaskan segala kesedihannya melalui sebuah lagu iaitu RINTANGAN HIDUP DUNIA yang dirakamkan untuk album TRIBUTE TO RUSTY BLADE. Alaf baru 2000, misi baru A.C.A.B. terlaksana. Mereka bukan sahaja raja di pentas gig, tetapi jugak bertakhta di pentas konsert. Stadium Negara dan Bukit Jalil menjadi saksi kebanggaan A.C.A.B. dengan lebih ramai penonton. Memandangkan ia menjadi satu sejarah, persembahan di kedud-dua konsert itu telah diabadikan di dalam satu album iaitu LIVE & LOUD yang dikeluarkan oleh Clockwork Records dan terjual sehingga 10 000 unit.
    Dalam tahun 2001, A.C.A.B. terlibat dalam album TRIBUTE TO SWEET CHARITY terbitan EMI. Lagu 'Musibah' dibawakan dengan cara mereka sendiri. Pada waktu yang sama, Sham kembali ke pangkian band ini dan Eddie juga dipanggil semula untuk sama-sama mengembalikan detik kegemilangan A.C.A.B. pada suatu ketika dahulu. Bukan mudah untuk mendapatkan semula khidmat Eddie kerana dia begitu sibuk dengan band Skanya iaitu, Gerhana Ska Cinta. Namun demi kasihnya terhadap band ini, akhirnya dia bersetuju dan kelima-lima mereka membuka lembaran baru menerusi gig Eastern Oi!Kini mereka terus berbangga dengan kejayaan album kedua mereka, SKINHEAD 4 LIFE yang diragut 4000 pembeli dalam tempoh sebulan ia dipasarkan. Turut dipasarkan terdahulu ialah album koompilasi DAYS OF BEING WILD dan juga single STREETS OF UPTOWN. Penampilan baru A.C.A.B. memberi kelainan berbeza berbanding dengan album yang terdahulu. Muzik dan mesej yang disematkan jauh berbeza mengikut peredaran zaman. Sememangnya jauh lebih baik dengan guitarwork dan basslines yang lebih padat, hentakan drum yang lebih padat serta vokal Magskin yang lebih bersemangat.
  Pada tahun 2006, setelah Megat hafiz kembali ke Malaysia, A.C.A.B. muncul kembali dengan nama baru iaitu The A.C.A.B. serta memperjuangkan genre muzik baru iaitu rock indie, muzik yang menarik minat Max Hafiz(Megat Hafiz) ketika menuntut di London.Album mereka yang berjudul 'This Is The A.C.A.B.' dikeluarkan pada 09 Mac 2006 yang lalu menampilkan line-up baru iaitu Max sendiri, Eddie, Irfan dan Mono.Lagu2 mereka yang menjadi hits adalah “Setelah,Now and again,Astray” dan banyak lagi.Namun perubahan genre ini hanya seketika juga.Ini kerana line-up band ini masing2 sudah mempunyai komitmen masing2.Sekali lagi Megat serta ahli band yang lain memilih untuk bawa haluan masing2 sekali lagi.Perubahan mengejut pada diri Megat sendiri juga menyumbang kepada factor perpecahan kumpulan ini.Megat yang dikatakan ingin mendalami ilmu agama mengejutkan semua peminat2 ACAB/THE ACAB.Megat membuat perubahan drastic dengan berpenampilan kearah Islamic dengan mengenakan jubah dan serban.
Tetapi beliau masih bersama The ACAB jika di undang,namun beliau membuat persembahan dengan berimej berjubah dan berserban.
Megat juga di katakan mendalami ilmu agama hingga ke syria.Sejak itu ACAB/THE ACAB seakan berkubur di situ tanpa perkembangan baru.Malah Megat sendiri mendiamkan diri sekian lama beliau di Syria.Namun,ada juga terdengar suara2 yang mengatakan Megat ingin kembali ke arus muzik dengan band yang baru AD_DHUKAN.Sama2lah kita nantikan perkembangan terbaru dari MEGAT~

**Sumber:FromBlogger2,Google,Facebook Megat,N somewhere i dont remember~=)




1 comment:


  1. AGEN TOGEL ONLINE TERPERCAYA CERIA4D
    WA : +62 82393544066

    #PROMO CERIA
    -BONUS DEPO 10RB
    -BONUS NEXT DEPO 1%
    -BONUS REFFERAL 2%
    -JACKPOT 4D 3D 2D NO HP TOTAL HADIAH 3JUTA !!
    -LOMBA GRUP HADIAH RATUSAN RIBU !!

    - LIVE GAME CASINO & SBOBET (BOLA)
    - Fitur Game Casino (POKER , SBO )
    - BEBAS LINE 2D/3D/4D
    _________________________________________
    DISCOUNT TOGEL dibawah ini :
    >2D DISCOUNT : 29% x 70
    >3D DISCOUNT : 59% x 400
    >4D DISCOUNT : 66% x 3.000

    LINK DAFTAR:
    WWW . JPCERIA . COM

    CERIA4D
    BANDAR TOGEL ONLINE
    TOGEL ONLINE

    CERIA4D
    BANDAR TOGEL ONLINE
    TOGEL ONLINE

    JUDI ONLINE
    BANDAR ONLINE
    TUKANG TOGEL
    AGEN TOGEL

    WA : +62 82393544066

    ReplyDelete