SKUDAP SKUDIP~

   
   SKUDAP SKUDIP berasal daripada Taman Sri Andalas, Klang. Mula ditubuhkan pada tahun 2004.Mereka terdiri daripada, ADRI ISKANDAR MOHD NOR,(Dodd) - Vocal/Songwriter ,Ah Qid – Drummer, Ezzad – Bassist, Hezry – Guitarist,dan Ijatt – Keyboardist..Selain itu mereka juga turut di iringi dengan pemuzik iringan(sessionist) selaku Percussion, Trumpeter, Trombone,dan Saxophonist.Band ini membawa genre SKA tapi di masukkan beberapa element lain seperti Reggea, Punk, Rock, Core dan lain-lain.Muzik mereka mempunyai persamaan dengan sebuah band ska dari seberang iaitu TIPE-X,Namun mereka mempunyai kekuatan dan imej yang tersendiri ,seperti Dodd selaku vokalis itu sendiri yang  tampil dengan rambut dreadlocks membuatkan mereka menjadi perhatian.
Nama Skudap Skudip pada asalnya adalah ‘Kudap-kudapan’ (makanan ringan). Mereka mengibaratkan musik ska mereka adalah seperti makanan, sedap di dengar ketika bersantai. Lagu-lagu mereka dicipta berdasarkan pengalaman daripada lineup sendiri berkisarkan tentang bersahabatan dan percintaan..Pada 2008,mereka telah mereleasekan EP pertama mereka berjudul “mengapa kenapa” mempunyai 3 lagu dan sebuah video Clip daripada kerjasama Pekan Maya Record. Pada 4 Julai 2009 Skudap Skudip telah pun mengeluarkan Album pertama mereka yang berjudul “Bukan Sudu Bukan Sudip” mempunyai 9 buah lagu dan kesemuanya berbahasa Malaysia.Antara lagu2 mereka yang menjadi perhatian aku pula adalah “MAMAMU BENCI AKU,POTRET,GADIS JADIAN dan GEMBIRANYA CINTA feat Eyra”.Perkembangan terbaru mereka mengikut Facebook mereka sendiri “SKUDAP SKUDIP”,mereka akan mengeluarkan single terbaru bertajuk “Fobia Cinta” dalam masa terdekat ini..So, guys Lets skanking till the end~ =)
By-JARI BESI

**Sumber:Facebook and Myspace Skudap Skudip~





No comments:

Post a Comment