JULIE GOES OVERSEAS~



JULIE GOES OVERSEAS  menempa nama dalam industry muzik Indiependet Malaysia sejak tahun 2005 di mana mereka mula-mula mencatatkan tajuk cd demo mereka sendiri "Heart Of Kid Poor Little" yang di anggotai empat barisan asal iaitu Jazlan, Azwan, Syazuwan dan Ant. Pada masa itu mereka masih dibangku sekolah lagi. Demo lain mula dihasilkan selepas tamat pengajian mereka bertajuk "Senyuman Bidadari" dan selepas setahun mereka mengeluarkan EP pertama mereka "Oh Bulan" pada tahun 2008 di mana kebanyakan pemuzik2 Indiependent pada ketika itu mula meluaskan pengaruh masing2 melalui lagu yang di hasilkan dengan EP.Setelah itu,Mereka mencuba nasib dengan Single pertama mereka "Si Dia" yang telah ke udara dalam hampir semua radio tempatan  termasuk Hot FM, Suria FM dan XFM.

Selepas single mereka menjadi hits di corong2 radio,mereka mula berjinak2 untuk memperluaskan pengaruh muzik mereka di TV pula.Mereka mula menampilkan diri di kaca TV secara langsung mendendangkan single mereka “SI DIA” di RTM Selamat Pagi Malaysia pada tahun 2009.JGO telah berkongsi pentas dengan kebanyakkan band yang mempunyai nama besar dalam insustri muzik seperti Meet Uncle Hussain, Hujan dan Butterfingers. Salah satu prestasi yang paling membanggakan ialah di Central Market di mana mereka peformed soundstage ROTTW dan berjaya menjaringkan tempat ke 5 dalam pertandingan.
  Pada tahun 2010 kumpulan ini menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka sambil mencipta lagu-lagu baru. Tahun ini, mereka telah keluar dengan dua single "Jawapan" dan "Kembali semula" dengan kedua-dua lagu yang telah di download sebanyak 1370 kali dalam minggu pertama mereka melancarkan kedua-dua single tersebut.

By-JARI BESI

**Sumber: Facebook JGO~




No comments:

Post a Comment