RELAY~



   RELAY?Oppss..Bukan Lagu THE WHO tu ye..Ni Nama Sebuah band yang baru ditubuhkan.Tapi,Baru2 pun sebenarnya Band RELAY ni Hasil Gabungan Ahli2 dari band2 yang telah lama bertahan di persada seni kita.So,boleh di katakan Band je baru,Tapi Line-Up nya memang sudah cukup berpengalaman dalam penghasilan muzik.
  Setelah meninggalkan OAG dan The Times pada tahun 2007, Alim menumpukan sepenuh masa terhadap kariernya sebagai penulis lagu dan lirik . Irfan Iskandar pula setelah meninggalkan ACAB/The Times pada tahun 2009, mula berkolaborasi bersama Alim bagi menubuhkan Relay dan mula menulis material baru bersama. Relay kemudian dilengkapi dengan kemasukan sahabat lama, Adeel dari kota Singa, seorang gitaris berwibawa dan berpengalaman bagi melengkapkan formasi band britpop/rock ini.
Single pertama "Provokasi" telah berkumandang di radio-radio tempatan semenjak June 2011 dan ianya masih segar dalam kitaran lagu tempatan. Single ke 2 kini bakal menyusul. Dari ogos 2011, Relay telah mula merakamkan 3 lagi lagu bagi rilisan album yang bakal keluar tidak lama lagi.
Kini, Relay telah bersedia untuk ber rock n' roll bersama anda, tunggu kami di lokasi anda tak lama lagi..!! Tunggu!

Di sini ada Serba sedikit temubual antara Radio X FM dengan Drummer RELAY,Irfan Iskandar(Cipan)..

“Recording RELAY dah 50% siap...akan di terus kan lagi dan lagi setiap malam sampai siap sepenuhnya..insyallah” – Ni apa yang kitorang baca kat status facebook Relay pagi tadi.
 Tak lama lepas baca status tu, XFM terus menghubungi Irfan Relay untuk mengetahui lebih terperinci tentang proses rakaman EP pertama dorang ni. Walaupun sedang sibuk berkerja, namun Irfan sempat meluangkan masa selama lapan minit untuk ditemubual. Terima kasih yaw!
 Ok, ni soalan-soalannya,
X FM:Katanya recording untuk EP Relay ni dah siap 50%, cuba cerita sikit apa je yang dah siap?
CIPAN:Tiga lagu dah siap sebanyak 50%, sekarang ni tengah tunggu nak masuk vokal dan bass saja, lepas tu siaplah.
X FM:Berapa lama masa yang diambil untuk siapkan ketiga-tiga lagu ni sehingga mencecah ke tahap 50% tu? CIPAN:3 minggu.
X FM:Hari tu Relay ada cakap EP ni akan memuatkan 4 buah lagu je.  Korang pasti ke empat?
CIPAN:Memandangkan idea datang mencurah-curah, jadi kami pun tambahlah lagi satu lagu. Jadinya ada lima buah lagu didalam EP pertama Relay ni.
X FM:Agak-agaknya bila EP korang ni akan release? 
CIPAN:Insya’Allah, tahun ni.


Ok.. ni sajalah perkembangan terbaru daripada Relay.Jika ada lagi perkembangan terbaru they all,akan di update lagi pasni k..enjoy~

RELAY-Oksigen di XFM

No comments:

Post a Comment