NARATU~


   

     NARATU adalah sebuah band Metalcore dari Komuniti “KERAMAT DURJANA”.Mereka terdiri daripada IJAM( penyanyi),AJAK (gitar),ARDY (gitar),AYAI( bass),dan MIN( dram) yang merupakan ahli ataupun Line-up terbaru dari Naratu.
     Perjalanan NARATU bermula dari tahun 1998, dengan beberapa perubahan ahli yang kini merupakan "generasi ke-3" NARATU. Menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantara lirik, riff yang ringkas dan mudah serta irama yang catchy menjadi saduran muzik NARATU. Setiap bibit lirik punya makna tersendiri. Mereka yang aktif dalam persembahan gig dengan pembawaan genre muzik  Metal / Hardcore / Rock kelihatan begitu selesa setiap kali melakukan persembahan yang bertenaga serta bilangan crowd yang begitu teruja membuktikan bakat yang ada pada band ini telah mendapat sambutan yang begitu padu dengan kehadiran crowd yang agak memberangsangkan.
    Antara lagu2 yang menjadi perhatian adalah “PUK*MAK (sekarang dah tukar tajuk MAKI HAMUN),KAU BANGSAT,PERGI MAMPUS,PASIR  ILUSI” dan banyak lagi.Yang menarik perhatian aku pula adalah lagu “PUK*MAK/MAKI HAMUN”.Bagi aku lagu ini luahan terus bagi meluahkan perasaan tidak puas hati tentang penipuan.Liriknya rata2 berbau kata2 kesat di gunakan bagi menunjukkan ekspresi tidak puas hati yang ingin di sampaikan.Bagi aku band ni bersikap BERANI kerana mencuba sesuatu yang amat jarang  di lakukan oleh band2 lain terutama di MALAYSIA.
Akhir kata dari mereka: “Hayatilah dan terima kasih di atas sokongan anda semua.Kami akan terus berkarya dengan intipati yang sama, menyambung legasi perjuangan NARATU pada hari kelmarin, hari ini dan masa depan.”-NARATU

By-JARI BESI
**Sumber:FB Naratu/Google.


No comments:

Post a Comment