LUCY IN THE LOO~


     
    Kali ni aku nak wat  review mengenai sebuah band yang berbakat besar pada suatu ketika dulu..
LUCY IN THE LOO.Mungkin nama ini agak pelik kerana maksudnya, Namun tidak mempunyai apa-apa maksud kepada band ini.Nama ini di ambil secara spontan oleh mereka.Muzik yang mereka mainkan adalah dari genre indie powerpop membuatkan mereka mampu bersaing dengan band2 Indie Rock yang lain di industry tanah air.Lucy In The Loo berasal dari Bandar Baru Bangi dan di anggotai oleh Hana,Syamil, Alijo,dan  Zazarina.Muzik mereka didorong dengan pam riffs,rock garaj, crunchy fuzzed gitar dan di iringi alunan melodi vokal. Pendekatan yang mudah untuk lagu-lagu mereka memberikan pendengar wawasan kepada melodi kegemaran mereka.Mereka menjadikan band2 dari luar sebagai inspirasi kepada muzik mereka.Antaranya The Beatles, Weezer, Ash, Letters to Cleo, The Wannadies, The Pixies, The Breeders, Snug, Rooney, Ozma, Rilo Kiley, Josie and The Pussycats dan banyak lagi.Antara lagu2 mereka yang pernah di hasilkan adalah “Selamat jalan, Not Even Mine,Some Kind Of Chemistry,Seeing Stars,Each Others Circle,Looser Lullaby,Come Home dan banyak lagi.Yang jadi perhatian aku pulak,lagu SELAMAT JALAN.Lirik dan chord lagu yang simple tapi vocal dari Hana memang memukau.Aku respek Hana ni sebab dia orang yang simple tapi menarik.Dari segi penampilan,suara,dan bermain gitar memang buat aku respek habis kat dia.Dan yang paling style,trademark dia Strap Guitar warna pelangi,dan bermain gitar di bawah paras pinggang!Tabik lu Hana!!Dia juga pernah menganggotai kumpulan COUPLE suatu ketika dulu sebagai guitarist band tersebut.Tapi sayangnya Lucy In The Loo ni dah berpecah dek kerana masing2 mempunyai komitmen masing2 yang lebih penting.Sama2lah kita tunggu manalah tau Lucy In The Loo akan buat Comeback ke.sape tau kan?=)

By-JariBesi
**Sumber –Myspace,FB/LucyInTheLoo..







2 comments:

  1. ingat kau sorang je rindu.. aku pun rindu jugak.. haaaaiihh... selamat jalan, semoga cerah masa hadapan.. \m/

    ReplyDelete