SUKA NO.23~



   SUKA NO 23 bukanlah sekadar ayat untuk menunjukkan bahawa seseorang yang menyukai nombor 23.Tetapi  Suka No 23 adalah nama kepada sebuah band.Agak pelik kan?Namun itulah nama yang unik bagi band ini.Band ini telah ditubuhkan pada tahun 2003.Sejarah band ini bermula Selepas pepecahan band oldskool hardcore P.O.P (Profit Over Poeple).Dianggotai oleh Mey sebagai (Vocal), Baha sebagai (1st Guitar),Makyea sebagai (2nd Guitar),Zam sebagai (Bass),Chor sebagai (Drum) dan Mei sebagai (Keyboard).Baha meneruskan aktiviti jamming bersama Ja'a dan Zam. Makyea pula adalah vokal asal band ini. Kemudian Mey diserapkan menjadi vokalis utama selepas membuat keputusan untuk melakukan sesuatu yang lebih serius. Makyea kini diposisi gitar kedua.
   Suka No. 23 secara rasminya dinamakan selepas Mohd Jayzuan (Free Love) meminta nama band ini untuk dimuatkan ke dalam sebuah artikel yang dikeluarkan oleh suratkhabar The Sun. Suka No.23 ada mengeluarkan EP yang bertajuk "Bintang Yang Satu" yang memuatkan 6 buah lagu pada tahun 2004. Cubaan pertama Suka No. 23 adalah menghasilkan lagu-lagu melayu yang berentak alternatif rock yang dipengaruhi dari band-band UK seperti yang kebanyakannya mempengaruhi band-band yang sedia ada di sekitar bandaraya Ipoh. Buat masa ini, mereka ada mengeluarkan satu single bertajuk "You (Stranger In The Night) dan boleh didengar di XFM.Suka No. 23 bukan band sepenuh masa dengan bermain muzik sebagai kerjaya professional. Suka No. 23 hanya melakukan sesuatu aktiviti yang dapat dikongsikan bersama.

By-Jari Besi
**Sumber FB/Sukano23..




No comments:

Post a Comment