Wednesday, December 14, 2011

UNDERGROUND SCENE~

Underground scene adalah satu scene yang bergerak secara sendiri tanpa bernaung di bawah mana2 syarikat atau lebih tepat lagi bergerak secara sendiri atau INDIEPENDENT.Scene ini lebih mengutamakan muzik yang di hasilkan dan juga karya masing2 tanpa memikirkan keuntungan dari hasil jualan karya mereka.Oleh sebab itu,mereka lebih suka bergerak sendiri tanpa bernaung bawah mana2 syarikat rakaman bagi memudahkan mereka meluahkan hasil karya mereka pada bila2 masa dan di mana sahaja.Scene ini kurang di kenali kerana mereka biasanya meluahkan hasil karya mereka di gig2 yang dianjurkan oleh Studio2 jamming yang hanya mempromosikan melalui flyers2 yang diedarkan oleh kenalan,kedai muzik,studio jamming lain,serta di ruang maya Internet.Namun begitu,bakat yang ada pada band2 underground ini tidak harus di ketepikan kerana ada di antara mereka mendalami muzik hingga ke peringkat tinggi dah mahir.Ada yang berpendapat bahawa band2 dari scene underground ini datang dari mereka yang kurang arif tentang muzik.Tapi,kenyataan itu SALAH sama sekali!Ada di antara pemuzik2 dari scene underground ini datang dari seorang yang berpelajaran.Ada juga yang berkelulusan dari luar negara.Namun minat mereka yang mendalam terhadap muzik,mereka lebih rela bergerak secara underground tanpa memerlukan publisiti yang meluas.Cukup sekadar dapat bekarya,meluahkan bakat dengan muzik yang di hasilkan sudah mampu membuat mereka merasa puas.Karya2 yang dihasilkan akan di rekod dengan hasil poket masing2 untuk melahirkan demo cd dan demo ini di jual secara kecil-kecilan di mana2 gig yang mereka sertai.Perjuangan mereka ini lebih ke arah REBEL.Mereka meluahkan segala dalam lagu yang di hasilkan.Kebanyakkan band2 ini menghasilkan lagu yang mengisahkan tentang ketidakpuasan hati,penentangan,keadilan,kehidupan,cinta,perjuangan,persahabatan,kekejaman,peperangan dan banyak lagi.Dari sini dapat di lihat perjuangan mereka ini menggunakan Muzik sebagai senjata untuk menyampaikan suara yang terpendam dalam setiap diri masing2.

No comments:

Post a Comment