Tuesday, December 20, 2011

GADIS SI KAKI PUKUL!


  Salam satu Malaysia to all penggerak muzik tanah air!Kali ni aku nak wat preview skit pasal Anak gadis dari seberang yang mempunyai bakat besar dalam bidang muzik.SALIN GAS..Anak gadis yang berasal dari Bangkok,Thailand ni berusia 20 tahun.Di usia yang begitu muda ini,anak gadis ini mampu memperlihatkan bakat yang ada padanya hingga ke seluruh pelosok dunia.Gadis kecil molek ini berbakat besar dalam bermain drum.Apatah lagi beliau lebih gemar bermain double pedal.Cukup mengagumkan apabila dia begitu mahir sekali ketika bermain double pedal dan kelihatan selesa dengan genre muzik metal.Dia sering menjadikan ruang maya sebagai  ruang untuk memperlihatkan bakatnya dengan membuat ‘drumm cover’ dengan lagu2 dari band2 luar Negara yang mempunyai nama besar seperti Avenged Sevenfold,System Of A Down,Lamb of God,Korn,Slipknot dan banyak lagi.Dari situ beliau membuka mata dunia dengan bakat yang ada.Setelah sekian lama,Salin mula mencuba nasib dengan mencari teman untuk menubuhkan sebuah band.Akhirnya tertubuhlah OGENIX.Beliau juga sering menjadi pemuzik iringan band2 yang lain.Itulah kelebihan yang ada pada dirinya.Selain bermain Drumm,dia juga mahir bermain gitar.Dalam video2 yang di upload dalam Youtube,dapat dilihat seperti gadis ini pernah menuntut di mana2 institusi muzik kerana dari video2 itu seperti dia sedang berlatih di studio.Apa yang mengangumkan aku,hentakan beliau memang padat dan cukup jitu.Apatah lagi beliau seorang GADIS!So,aku memang respek habis dengan Salin Gas ni.Dari dulu lagi aku follow video dia,tapi sekarang dah slow.Tak tahulah apa perkembangan terbaru dia.Nak tahu,tengoklah kat FB dia SALIN GAS.
   Aku wat Review pasal Salin Gas ni bukan bermakna kat tanah air kita sendiri dah tak ada pemain drum yang hebat.Ramai sebenarnya.Tapi buat masa ni yang aku tahu,Drummer yang hebat2 ni dari kaum Adam kat Malaysia ni.Belum ada Drummer dari kaum hawa yang boleh mengangumkan aku lagi buat masa ni.Bukan bermakna tak ada drummer wanita,ada tu memang ada.Tapi mungkin belum sampai masa untuk buat aku ternganga lagi kot..hehe..So,kalau ada Kaum hawa yang mampu jadi sehebat ni,tonjolkan bakat anda.Aku tau Malaysia Pasti Boleh punya!Hail Malaysia Community!

By-Jari Besi
**Sumber:FB,Youtube dan Celoteh aku sendiri!=)

No comments:

Post a Comment